Sunday, November 07, 2010

Countdown..

Rajinnye la aku arini duk wat ticker 'countdown2' tu.. wei Ija.. assignment x siap lg tu.. intensif lg 3 minggu.. kang byk lg bende nk wat.. nk siapkan brg2 tuk kawin lg.. goodie beg tu kang blk br nk bl.. ape kes? yela xkn aku nk bl kt kltn ni? kang nk ngangkut lg.. kang dh blk tu nk g finalize tgk bj kt mak andam lg.. leh x dh dkt2 nie xde tema lg.. kalo org lain la lame dh duk pk tema.. aku lh xde tema lg.. hikhik.. dah2 Ija g siapkan assignment tu.. (korg percaye ke aku nk g siapkan ni?? hikhik..)

ok la.. pada kengkawan yang nk wat PJJ kt USM bagi sidang 2011/2012.. skrg permohanan dh di buka..

Dari 23 Oktober 2010 sehingga 25 Disember 2010.



doa2kan yek sume ok..

ok.. peace no war... ;)

Friday, September 03, 2010

Manusia

 

Kite slalu rs yg kite nie btl je.. org lain sume salah.. kite jrg sgt nmpk keburukan/kesalahan/kesilapan kite.. tp slalu je nmpk keburukan org lain.. kebaikan org? Lg pyh kite nk prsn.. kdg2 kite xpk pn kate2 kite nie kdg2 menguris hati org.. Tp mgkn org tu sndri kut yg mdh terasa (yeke?).. kite slalu nk ubah org ikut cr kite.. ikut cam y kite nk.. ssh kite nk ubah org.. nk ubah diri sndri pn pyh camne nk ubah org kn? tp nk wat camne? Manusia.. mmg la gtu.. rs dl2 ade dgr.. manusia tu makne nye lupe dlm bhs arab diambil dr perkataan akar nasia = lupe.. mgkn btl la kut.. kite mudah lupe akan kebaikan org pd kite.. kejahatan org pd kite? Mdh lak kite ingat..

mngkn aku je yg rs camni.. tp ade aku kesah? asal aku dpt luahkn dh la kan? hehe

Wednesday, August 04, 2010

1st PoSt AfTeR 5 YeArS...

Sebenarnye aku tgh pening nie.. xlh tdo lak tu.. mcm2 aku pk nie.. sok plak keje.. kalo sok cuti kan best..

ape kes aku nie? ape aku yg aku tls nie.. dh la 5 tahun tggl blog baru nk tulis balik.. ish2.. slame nie pn aku bkn tls ape2 pn..

td sbnrnye aku dh ttp pn pc.. tp aku xlh nk tdo.. sbb tu aku bk blk.. aku dh ttp lampu nk tdo la kononnye td.. tp xlh aku bk la pc nie.. nk bk blk lampu mls.. abih la rosak mata teman.. kuikuikui..

aku tgh pk camne aku nk wat sume2 nie? keje lg.. pjj lg.. nk kawin lg.. mampu ke aku nie? hukhuk..

ok la.. aku nk tgk kalendar nie... awal ramadan ari ape yek? kltn cuti x? kalo cuti.. ingat nk siap2kn ape2 yg ptt..


Thursday, November 17, 2005

Pal Talk petition

There is a room in Paltalk (popular chating program) are specially created to insult The Prophet Mohammad S.A.W.. So many Muslim members asked Paltalk Admin to close that room. The Admin agree but with one condition that we need to submit 1 Million Signatures from all Muslims (They want to make closing that room impossible). But there is nothing impossible for Muslims to defend Islam. Now there is already 747698 signatures. So please support them with signature in the link http://www.petitiononline.com/Steyr/petition.html ..then Approve it.. Dont forget to send to all Muslims that you know.. May Allah Bless you..

Monday, October 17, 2005

Please include Animax in ASTRO service Petition

borang petition

To: Malaysia Network Broadcast Centre (ASTRO)

We, as the subscriber of ASTRO and Anime Lover of Malaysia, would appreciate it very much if ASTRO can include the Animax channel into your service just like what Astro did with the other animation channel such as Cartoon Network, Nickelodeon dan Disney Channel or any of the ASTRO favorites.

We love Japanese animation, and we also believe by including Animax as one of your services, a lot more people will be subscribing to ASTRO for that reason too.


Sunday, October 16, 2005

Derma Organ

Laman Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Derma Organ


Anugerah Kehidupan Yang Tidak Ternilai
Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan.
Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang.Ia juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit. Keputusan untuk mengizinkan penderma organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga simati. Untuk meringankan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ dan tisu semasa hayat kita.

Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut.

Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.
Siapakah Yang Layak Menjadi Penderma ?
Sesiapapun,sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga terlebih dahulu.

Apakah Itu Pendermaan Organ?
Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas ianya meninggal dunia.

Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusian yang mulia.

Apakah Organ dan Tisu Yang Boleh Didermakan?
Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggan, jantung, hati(heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.


Bilakah Organ dan Tisu Sipenderma itu Diperolehi?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda adalah seseorang Penderma?
Tidak! Doktor -Doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan


Adakah terdapat Bantahan Dari Sudut Agama?

Tiada! Kebayakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia
Bagaimana Organ Pendermaan itu dipindahkan?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan sucihama. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjelaskan rupa dan bentuk tubuh badannya. Selepas organ dan tisu diperolehi luka pembedahan itu akan dijahitkan dengan sempurna dan jenazah sipenderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala prosew pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa


Bagaimana Jika Anda Berubah Fikiran Menderma?

Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.

Adakah proses pendermaan Organ akan melambatkan urusan pengkebumian Jenazah?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazah akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kapada waris penderma secapat mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.
Bagaimanakah Anda Berhajat Untuk Manjadi Seorang Penderma Organ?
Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.

Anda Dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu Kepada Keluarga Anda
Ini akan memudahkan serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.


Mati Otak dan Pendermaan Organ


Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi melaksanakan pemindahan ini anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan setalah mendapat kebenaran ahli keluarga pesekit yang mengalami mati otak tersebut.

Apakah yang dikatakan MATI OTAK?

Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyababkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu penghidupan seperti pernafasan dan denyutan janting) tidak lagi berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.


borang derma organ